Pada minggu lepas,
saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika
selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup
sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh
dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual
peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan
audio visual.
Selain
daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan
jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang
menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk
dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang
menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan
harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu inipendrive tiruan.
Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
Sebelum
ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa
lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda
berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga
yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di
hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang
turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala
Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya
nyatakan di atas sebelum ini.
Yang
menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya
lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti
bahawa pendrivetersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di
dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan
USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan
bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah
tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada
kebiasaannya.
Jadi,
Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan
tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh
menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di
dalam storan USB tersebut.
Storan
seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada
sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah
sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan
boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia
mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan
mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara
besar-besaran.
Sebagai
contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi
disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang
sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan
dalam properties pada komputer.
Secara
kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak
menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang
diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa
yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana
Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara
paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga
dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%,
20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original
tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah
daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi
kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang
lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja.
Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal
kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB
pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara
lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan
ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan
dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal.
Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia
kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original,
telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk
membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula
merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu
Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila
anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi
seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah
kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini,
ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan
kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan
tersebut.
Tipu helah kedua, storan USB ini boleh
digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat
proses copy dan paste file ke dalamnya
asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti
yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila
data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas
ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara
sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di
dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte)
apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba
untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen
anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom
lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara
sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan
ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana
storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan
sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah
storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana
Untuk Menguji Storan Ini?
Salah
satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak
data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya
25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan
mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan
daripada kapasiti storan asal.
Setelah anda meletakkan data lebih daripada
yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke
dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau
salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file
yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan
tiruan.
Cara
lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang
membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan.
Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan
menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya
mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan
ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan
perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas
dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih
‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and
verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak
lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan
palsu di dalamnya.
Muat
turun: Perisian h2testw
Inilah
sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar
dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti
di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya
anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma
ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui
perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan
storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada
kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan
sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa
ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya
hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal
artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz
storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding
storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi
anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan
rakan-rakan anda mengenai perkara ini.
Jangan
biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan
jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah
kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan
dunia pengkomputeran sejagat.
No comments:
Post a Comment