Monday, November 25, 2013

Ciri-ciri pelajar cemerlang



1)Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masanya dengan bijaksana seperti belajar semasa pertukaran kelas, semasa menunggu bas sekolah, sebelum atau semasa makanan dihidang.

2)Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa bukuke setiap tempat yang anda pergi.Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3)Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4)Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5)Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggunggjawab terhadap pelajaran. Pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran.

6)Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7) Ulangkaji sebanyak yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8)Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menanya kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda atau orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9)Berikan penumpuan pada mata pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam sesuatu mata pelajaran , peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10)Mengunjungi perpustakaan selalu mengunjungi perpustakaan dan mencari bahan-bahan yang anda perlu.

20 CIRI - CIRI ORANG MALAS



1. Sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.

2. Tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial.

3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.

4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.

5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak dibasuh.

6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.

7. Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.

8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.

10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.

11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.

12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.

13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan berbagai alasan.

14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.

15. Bercakap besar/lebih tetapi satu pun tidak di amalkan.

16. Orang malas tidak suka menjaga pernampilan diri.

17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.

18. Suka megharapkan orang lain melakukan kerja.

19. Suka mengarah.

20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.